WISMA ARRASYID

 INFAQ PEMBANGUNAN WISMA AR RASYID 
Setelah 23 tahun Madrasah Tahfiz Al-quran Ar-Rasyid bertapak di Sg Udang, Klang Selangor maka kami berhasrat untuk membangunkan WISMA AR RASYID atas tanah seluas satu ekar yang telah diwaqafkan ini. Bertempat di Kg Delek Klang.
Bayaran yang diterima akan digunakan 100% untuk pembangunan Wisma Ar-Rasyid dan sekarang masih lagi berada dalam Fasa yang 1. 
 
WISMA AR RASYID ini akan menempatkan anak-anak yatim, warga emas, muallaf & asnaf untuk mempelajari Al-quran dan juga kitab-kitab agama dengan lebih mendalam. 
 
Rasulullah ﷺ bersabda : 
 
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
 
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” 
 
(Riwayat Muslim)
 
Kami membuka ruang kepada 6,000  untuk INFAQ BULANAN sebanyak RM50 sahaja selama 3 bulan untuk mencukupkan dana diperlukan sebanyak RM1 JUTA inshaAllah. 
 
Sumbangan seikhlas hati juga sangat dialukan. Kami berdoa agar Allah swt memberkati rezeki Tuan Puan inshaAllah. Amiin.


Pertubuhan Arrasyid